
HOMESTAY DESA
CINTA KOBUNI
.png)
Acerca de
Sejarah Homestay Desa Cinta Kobuni
Homestay Desa Cinta Kobuni terletak di Kg. Kobuni Inanam iaitu sebuah perkampungan yang terletak di daerah Kota Kinabalu di Mukin Inanam. Latar belakang kampung Kobuni:-
➢ Jumlah Penduduk Kampung 312 Orang
➢ Keluasan Kampung 15 Ekar
➢ Jumlah Rumah 57 Buah
➢ Majoriti Beragama Islam Dan Berbangsa Dusun
➢ Jarak Dari Pusat Bandar 18km
Pada 28 dec 2017 Kg. Kobuni telah ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebagai homestay pertama di daerah Kota Kinabalu yang akan berdaftar dengan Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC). Selepas sahaja tawaran diterima oleh penduduk kampung, jadual untuk membangunkan homestay terus dibuat. Hasil kerjasama padu penduduk kampung dan juga bantuan daripada pelbagai pihak terutamanya DBKK dan University Malaysia Sabah (UMS) akhirnya pada 18 March 2018 Homestay Desa Cinta Kobuni telah dilancarkan dengan jayanya.
Objektif
Objektif utama penubuhan homestay adalah untuk menambah pendapatan penduduk kampung di samping dapat memperolehi dan memanfaatkan produk-produk pelancongan yang ada sekitar kampung. Antaranya ialah Air terjun Kionsom, Mari-Mari Cultural Village dan lain-lain.
Selain daripada itu, galakan dan bimbingan daripada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang banyak membantu Kampung Kobuni dalam merealisasikan Kobuni sebagai homestay pertama berdaftar dengan Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC) adalah tunjang utama kejayaan Homesay Desa Cinta Kobuni.
Namun demikian, tanpa usaha dan kerjasama padu daripada penduduk kampung itu sendiri mustahil untuk Kg. Kobuni berjaya diiktiraf sebagai homestay pertama berdaftar dengan MOTAC di daerah Kota Kinabalu dalam masa 3 bulan.